Tuesday, October 20, 2015

DUTI SETEM

Ada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan hartanah ni, tahu tak apa itu 

Duti Setem



Secara bahasa mudah, duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.

Setiap transaksi hartanah yang berlaku adalah wajib dikenakan duti setem.

Tapi, bagaimana duti setem di kenakan pada hartanah yang dibeli?

Di dalam mana-mana urusniaga pembelian hartanah, sebagai pemilik baru pada hartanah tersebut anda akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan.

Kiraan duti setem dilakukan seperti berikut:

1. RM100,000 pertama : 1% dari RM100.000 yang pertama.

2. RM100,000 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000 : 2% dari RM100,000 sehingga RM500,000

3. Melebihi RM500,000 : 3% untuk RM500,000 seterusnya.

Contohnya, jika anda membeli rumah berharga RM300,000, setem duti yang dikenakan adalah RM5,000.




No comments:

Post a Comment

  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang untuk menyambut tahun baru ini. 🌟 Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua ...